1 drop perfume

Selamat Tinggal Blogspot!

2 comments
 
More

1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

11 comments
Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa satu hari pada 22 Ogos 2009. Kenikmatan berpuasa tu terasa. Tapi, yang bagusnya puasa semalam tak la ada lapar dan dahaga. Sebabnya dari pagi sampailah ke petang,hujan tak berhenti mencurah curah sehingga keladang gandum. Bumi Seberang Perai dihujani oleh hujan rahmat.

Biasala, walaupun kat sini tak semaju KL ataupun Penang, jalan utama disini memang sesak tahap cipan. Tensen kalau memandu pada ketika ini. Terutamanya pada waktu puncak, pada jam 5 ramai orang balik dari perjabat dan terus ke bazar ramadan. Yang pastinya, jalan telah menjadi "roti buku" dan ada tukang sapu jem ditengah - tengah jalan. Semuanya ghairah dan nak cepat untuk pulang ke rumah untuk persiapan berbuka. Takdak hal yang istimewa sangat kalau puasa macamni. Jalan sesak tu kira biasalah.

Tambahan lagi, jalan raya di pekan Penanti ni makin lama makin banyak kerana pertambahan pendatang asing dan orang luar yang mana menghadiri majlis dan memeriahkan kempen pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. Yang ada pilihan raya di Permatang Pasir, tapi bahangnya terasa sampai ke Penanti. Nasib baik depan rumah tak ada bawak naik bendera. Kalau macamtu susahla.

Walaupun bulan puasa, itu tak menghalang petugas - petugas dari dua parti yang bertanding berkempen. Kereta besar, mahal, kecil dan murah berlegar - legar membawa bendera parti masing - masing dan terlihat kelibat serta barisan kereta YB dan MP melintasi setiap jalan disini. Kalau dah mai sini tu bawak la sorang dua cukuplah, ni nak angkut geng satu kapal. Mana tak jem jalan. Polis pun tak kurang hebatnya. Jalan raya disepanjang pekan Penanti menjadi jalan sehala dan itu tak menunjukkan respon yang positif pon untuk tak sesak. Sesak lagi ada la.

Yang herannya, Penanti yang tak ada kena mengena dalam PRK Permatang Pasir pun dah jadi macam tempat bertanding. Cukup - cukuplah tiga kali pilihan raya sudah diadakan disini, PRU ke 12 Mac 2008, PRK P.44 Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun 2008 dan yang terbaru PRK N.12 Dun Penanti yang berlalu tiga bulan lepas menyaksikan perlantikan baru Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor  Othman selaku YB yang menggantikan Muhammad Fairus. Cukuplah politik menyusahkan rakyat, habis polis satu Malaysia turun nak jaga pilihan raya. Nanti kalau perompak rompak rumah, salahkan ahli politik yer!

P/s: Tak nampak semangat Merdeka langsung tahun ni. Tak ramai yang kibar Jalur Gemilang dikenderaan masing - masing. Dah dua tahun jadi macam ni.
More

Salam Ramadhan!

16 comments
PEJAM CELIK pejam celik, harini dah masuk 1 Ramadhan bersamaan 22 hb Ogos 2009. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Esa kerana Dia memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Rasa beruntung diri dapat bertemu dan mengecapi kemanisan Ramadhan tahun ini berbanding insan yang telah pergi beberapa hari yang lalu.

Pada tahun ini, kita berpuasa pada bulan Ogos dan InsyaAllah akan merayakan Aidil Fitri pada 23 September 2009. Masih terlalu awal nak bicara dan menulis disini pasal hari Raya sebab ia memang jauh pada kita semua. Pada golongan alim ulama, mereka mahu sepanjang tahun dilimpahi oleh berkat dan keistimewaan Ramadhan pada setiap bulan.

Oh ya, kepada yang berkemampuan untuk berpuasa, puasalah dengan mengikut syarat - syarat sah puasa dan jauhilah perkara yang boleh membatalkan serta mengurangkan pahala puasa. Siapa nak puasa dengan sia - sia? Tak mahu kan? Kepada insan yang tak boleh berpuasa akibat sebab - sebab tertentu, kalau nak mengisi perut yang kosong tu, sembunyi - sembunyikanlah dari pandangan orang lain. Malu itu tetap ada bukan? Hormatilah orang lain, baru diri anda akan dihormati.

Di kesempatan ini, Luth nak memohon ampun dan maaf jika ada tersilap dan terlanjur dalam penulisan blog ini yang  menyinggung mana - mana pihak. Biasalah, kita hanya sedap menulis di blog, tapi yang membacanya bukannya kita sendiri. Selain itu, harap maafkan jika ada terlanjur kata dan tersilap bicara semasa Luth ke udara di Desa FM, kot - kot ada anda ada tak berpuas hati dengan perkataan yang Luth bicarakan ketika menjadi deejay pada jam 8 - 10 malam.

P/s: Ada member melalak, tahun ni puasa dan raya tanpa partner.
P/ss: Tak larat nak kerja part time macam tahun lepas.
More

Dilemma Topik Final Projek!

9 comments
ADOI, dah masuk semester lima (5) ingatkan bolehlah merehatkan diri dengan tumpukan pada pembelajaran dalam kelas, tapi macam diorang cakap, semester lima ni barulah nak rasa beban jadi pelajar. Oh, yeke? YEZZA. Memang baru rasa macam seorang pelajar, seorang pelajar yang kena berkorban, penggunakan akal fikiran untuk belajar.

Kalau tak ada pengorbanan, tak jadilah sesuatu benda dan tak tercapailah matlamat seseorang. Macam sekarang, aku dah kena handle kumpulan projek aku. Kawan - kawan dah bagi amanah kat aku untuk mengetuai mereka, lepastu aku kenalah bertanggungjawab. Kerja dalam kumpulan ni senang. Dalam masa yang sama, kerja kumpulan juga susah. Tapi yang pastinya, kenalah bagi komitmen 100%. Itu yang penting.

Sekarang, penyelia projek sudahpun dapat dicari, alhamdulillah, dan yang peningnya sekarang nak cari topik dan juga projek apa yang hendak dibuat pada semester hadapan (semester enam) dan proposalnya pada semester ini. Tarikh tutup untuk tajuk projek ialah pada minggu depan. Kena la perah otak memikir, kena rajin menyelidik dan juga kena aktif bertanya.

By the way, tadi aku baru saja belajar menggunakan sebuah perisian yang super hebat dan sejuk daripada Autodesk iaitu Inventor. Untuk kerja - kerja kejuruteraan, perisian ni aku rasa perisian yang paling mantap pernah aku gunakan. Sebelum ni aku belajar Auto Cad yang maha melecehkan. Aku tak minat dengan Auto Cad sebab terlalu banyak coding, tapi apabila menggunakan Inventor, aku jadi bertambah minat untuk explore.

Alhamdulillah, aku beruntung belajar dalam bidang Mekanikal Pembuatan sebab hanya pelajar Mekanikal Pembuatan sahaja yang diajar menggunakan perisian ini dan aku rasa sangat - sangat bertuah untuk mempelajari perisian ini. Kalau nak download, ada link kat sini. Memang best belajar dalam lab CadCam yang sejuk itu. Hahaha.


Satu lagi, hari rasa lega sangat - sangat sebab aku dah lepas interview latihan industri. Memang lega habis. Report aku tak lah di-reject oleh pensyarah, cuma ada satu muka surat yang aku letakkan gambarnya terlalu besar. Nanti bila nak binding, pasti akan tak nampak gambar tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
More

Patah tumbuh hilang berganti

17 comments
Betul la kan, orang cakap kalau benda yang pergi tu biarkanlah ia pergi dan pasti ianya akan diganti. Macamtula yang Luth terima sekarang. Haritu, kami sedih dengan pemergian Chi Kelabu, anak pertama Chi Hitam Putih a.k.a Chi Tompok.

Terbaru, 12hb lepas Chi Tompok telah selamat melahirkan anaknya selepas mengandung dengan perut yang besar. Hoho, memang besar perut Chi masa sedang mengandung. Kesianla dia gendong perut yang besar tu. Nak lompat keatas almari dan meja pon tak lepas.

So, kucing neh telah melahirkan anaknya dibawah katil Luth pada pagi Rabu lepas. Selepas dia beranak tu, dah seminggula masuk harini Luth tidur bertemankan anak kucing tersebut. Takmau panjang cerita, tengok pic kt bawah tu.

Lepas tiga hari dia beranak, Chi dah mula angkut anak dia kesana dan kemari selepas Luth ushar dia menyusu anak dia. Mungkin, dia nak privacy kot. Dia angkut anak dia sekor - sekor ke bilik mak Luth. Dia percaya bilik mak lebih selamat dari bilik Luth. Adoyai. Kemudian, lepas dia dah pindahkan anak dia tu, dia mai balik kt bilik Luth, cari semula anak dia.
Adoi, dasar kucing pelupa!

P/s: Mata ketumbit sebab mengintai kucing menyusu. 
 
More

SERIUS, susah gila nak cari awek yang SOLO

55 comments
Ini kenyataan benar dan fakta! Setelah beberapa lama aku berkeadaan begini, aku cuba untuk mencari layang - layang kepunyaan aku yang terputus talinya. Semua orang cakap kat aku, "Ala, patah tumbuh hilang berganti" tapi ingat senang ke nak tunggu benda yang patah tu tumbuh balik? Makan masa wooo.. So, aku cuba untuk "menumbuhkan" benda yang patah tu.

Pada masa ni, aku tak pikir pon nak mencari "hubungan intim" dan "hubungan serius" macam yang dulu - dulu. Aku hanya nakkan somebody yang sama macam aku. Tak terikat dengan mana - mana pihak yang ketiga. Kalau family tu tak termasuk la

Jujurnya, kebanyakkan kawan perempuan yang aku ada semuanya tak solo. Semuanya MOLO. Single but NOT AVAIABLE. Hahaha. Mana la pegi awek - awek yang solo dimuka bumi Malaysia ni? Kemanakah korang pergi? Hahaha!

Topik ni aku ada sembang dengan seorang teman blogger yang aku jumpa, JulietAnna Sabtu lepas. Dia pun telah mengakui kebenaran kenyataan ini. Tula, aku pon bertanya pada dia "Anna, kawan - kawan u pun semua dah berpunya eh? Classmate, roomate, UITM-mate pun takde ke yang solo untuk saya?" dalam nada gurauan. Haha. Jawapannya TIDAK ADA.

Aku pelik. Tapi, ada la juga dikalangan perempuan - perempuan yang MOLO tersebut mengaku SOLO. Dan ada dikalangan mereka yang terus sebut dirinya SOLO apabila lelaki kacak, berkereta besar, bergaya dan juga menarik bertanya tentang status mereka. Oh S**it! Apa jenis perempuan macam ni.

P/S: Lebih sedap teman tapi mesra!
More

Jom 'hangatkan' Twitter Merdeka 2009!

7 comments
Anda ada akaun Twitter? Anda pengguna aktif Twitter? Ataupun tak tahu apa dia tu Twitter? Hah, kalau anda pengguna tegar dan aktif di Twitter, jom kita hangatkan malam 30hb nanti dengan membuat "countdown" pada malam tersebut dan menantikan detik 12tgh malam untuk meraikan tarikh keramat 31 Ogos 2009.

Kalau dah malas nak keluar tu, baik kita raikan kemerdekaan negara kita yang ke 52 di Twitter dan kita tunjukkan pada dunia bahawasanya kita telah menyambut kemerdekaan negara kita. Berminat? Jom kita lihat bagaimanakah nak sertainya :

  1. Pertama sekali, kalau korang tak ada akaun Twitter, anda boleh daftar disini.
  2. Jangan lupa follow Luth di Twitter ok | www.twitter.com/luthtextile
  3. Hebahkan tentang Twitter Merdeka 2009 ini kepada rakan - rakan anda dengan membuat sebuah posting di  blog anda ataupun twit di twitter anda.
  4. Hanya letakkan perkataan "#merdeka" untuk twitt di Twitter anda nanti ok?
  5. Kalau baik hati, anda letakkanlah banner menyokong Twitter Merdeka 09 di sidebar atau diblog anda. Banner boleh diperoleh disini.
Ok, Twitter Merdeka 2009 adalah salah satu projek kelolaan brader Mohd Ismail kita. Nak maklumat lanjut, anda boleh ke blog Mohd Ismail dan juga kalau berminat nak letakkan banner Twitter Merdeka 2009, anda boleh ke blog Azman Ishak kerana disitu terdapat banyak banner yang direka khas oleh bro Azman kita. So, tunggu apa lagi? Tunjukkan semangat patriotisme anda melalui Twitter!


1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


P/s: Blog ni pon dah jadi blog 1 Malaysia semperna merdeka. Hehehe
More